“UNTUK SEORANG SAHABAT”
Saya dan awak adalah sahabat. Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan
senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu
memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri
awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala
awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.
Saya dan awak adalah sahabat. Awak pernah memutuskan persahabatan saya.
Namun ibarat pepatah, persahabatan tidak pernah akan putus. Suatu hari
nanti pasti sahabat itu dicari semula. Saya tidak pernah membuang
sahabat tetapi kadang-kadang sahabat itu yang membuang saya. Dari sini
saya mengajar awak erti keikhlasan dalam persahabatan.
Saya dan
awak adalah sahabat. Saya banyak belajar erti persahabatan dalam
hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar
berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh
membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati
seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang
sebenar.
Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….
Kalau satu hari awak menangis…beritahu saya, saya tak janji nak buat
awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak Kalau satu hari
awak ada masalah, awak bagi tahu saya,, saya tak janji nak bagi
penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya Kalau satu hari awak
nak pergi berjalan, Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi…..
saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya, dan saya tak muncul- muncul
mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu saya pula perlukan
“hadiah” PERSAHABATAN dari awak…
Saya dan awak adalah sahabat.
Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak….awak kena
ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak
kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak
akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak. :")
No comments:
Post a Comment